Kamis, 12 Januari 2012

Padamu Jua

Habis kikis
Segera cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu

Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu

Satu kekasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa

Di mana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara dibalik tirai

Kasihmu sunyi
Menunggu seorang diri
Lalu waktu - bukan giliranku
Matahari - bukan kawanku.

Purnama Raya

Purnama raya
Bulan bercahaya
Amat cuaca
Ke mayapada

Purnama raya
Pungguk merayu
Dinda berseloka
Ayahda beradu

Purnama raya
Gembala berdendang
Tuan berkata
Naiklah abang

Purnama raya
Bujang berbangsi
Kanda mara
Memeluk dewi

Purnama raya
Bunda mengulik
Nyawa adinda
Tuan berbisik

Purnama raya
Gadis menutuk
Setangan kuraba
Pintu diketuk

Purnama raya
Bulan bercengkerama
Beta berkata
Tinggallah nyawa

Purnama raya
Kelihatan jarum
Adinda mara
Kanda dicium

Purnama raya
Cuaca benderang
Permata kekanda
Pulanglah abang ….

Buah Rindu

Dikau sambur limbur pada senja
Dikau alkamar purnama raya
Asalkan kanda bergurau senda
Dengan adinda tajuk mahkota.

Di tuan rama-rama melayang
Di dinda dendang sayang
Asalkan kanda selang-menyelang
Melihat adinda kekasih abang.

Ibu, seruku ini laksana pemburu
Memikat perkutut di pohon ru
Sepantun swara laguan rindu
Menangisi kelana berhati mutu.

Kelana jauh duduk merantau
Di balik gunung dewala hijau
Di seberang laut cermin silau
Tanah Jawa mahkota pulau ….

Buah kenanganku entah ke mana
Lalu mengembara ke sini sana
Haram berkata sepatah jua
Ia lalu meninggalkan beta.

Ibu, lihatlah anakmu muda belia
Setiap waktu sepanjang masa
Duduk termenung berhati duka
Laksana Asmara kehilangan seroja.

Bonda waktu tuan melahirkan beta
Pada subuh kembang cempaka
Adakah ibu menaruh sangka
Bahwa begini peminta anakda?

Wah kalau begini naga-naganya
Kayu basah dimakan api
Aduh kalau begini laku rupanya
Tentulah badan lekaslah fani.

Dalam Matamu

Tanahku sayang berhamparkan daun
Bersinar cahaya lemah-gemilang
Dari jauh datang mengalun
Suara menderu selang-menyelang.

Renggang rapat berpegang jari
Kita mendaki bukit tanahmu
Dinda berkabar bijak berperi
Kelu kanda kerana katamu.

Berhenti kita sejurus lalu
Berdekatan duduk sentosa semata
Hatiku sendu merindu cumbu
Kesuma sekaki abang kelana.

Hilang himbau air terjun
Bunga rimba bertudung lingkup
Kanda memangku Sekar Suhun
Lampai permai mata tertutup.

Remuk redam duka di dada
Dihanyutkan arus dewa bahagia
Menjelma kanda di bibir kesumba
rasa menginyam madu swarga.

Dalam matamu tenang sentosa
Kanda memungut bunga percaya
Japamantera di kala duka
Pelerai rindu di malam cuaca.

Dalam matamu jernih bersih
Kanda kumpulkan mutiara cinta
Akan tajuk mahkota kasih
Kanda sembahkan kepada Bonda.

Senyum Hatiku, Senyum


Senyum hatiku, senyum
Gelak hatiku, gelak
Dukamu tuan, aduhai kulum
Walaupun hatimu rasakan retak.

Benar mawar kembang
Melur mengirai kelopak
Anak dara duduk berdendang
Tetapi engkau, aduhai fikir, dikenang orang sekalipun tidak

Kuketahui, tekukur sulang-menyulang
Murai berkicau melagukan cinta
Tetapi engkau aduhai dagang
Umpamakan pungguk merayukan pernama.

Sungguh matahari dirangkum segara
Purnama raya di lingkung bintang
Tetapi engkau, aduhai kelana
Siapa mengusap hatimu bimbang?

Diam hatiku, diam
Cobakan ria, hatiku ria
Sedih tuan, cobalah pendam
Umpama disekam, api menyala.

Mengapakah rama-rama boleh bersenda
Alun boleh mencium pantai
Tetapi beta makhluk utama
Duka dan cinta menjadi selampai?

Senyap, hatiku senyap
Adakah boleh engkau merana
Sudahlah ini nasib yang tetap
Engkau terima di pangkuan bonda.

Kamis, 05 Januari 2012

Subuh


Kalau subuh kedengaran tabuh
Semua sepi sunyi sekali
Bulan seorang tertawa terang
Bintang mutiara bermain cahaya

Terjaga aku tersentak duduk
Terdengar irama panggilan jaya
Naik gembira meremang roma
Terlihat panji terkibar di muka

Seketika teralpa;
Masuk bisik hembusan setan
Meredakan darah debur gemuruh
Menjatuhkan kelopak mata terbuka

Terbaring badanku tiada berkuasa
Tertutup mataku berat semata
Terbuka layar gelanggang angan
Terulik hatiku di dalam kelam

Tetapi hatiku, hatiku kecil
Tiada terlayang di awang dendang
Menangis ia bersuara seni
Ibakan panji tiada terdiri.